sesekali berpuisi.. menukil diksi-diksi puitis sekadar kepuasan hati sendiri. Madah hati untuk muhasabah diri. Berkongsi rasa sukma bersama. Inilah ujana hamba yang tidak seberapanya...
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Hasbullah Haji Mohamed Abdul Rahman Al-Masnuri. Lahir dan membesar di Kampung Kedai Baru, Kota Bharu Kelantan. Mula mengenal aksara dan angka di Sekolah Kebangsaan Banggu. Meniti remaja di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Amir Indra Petra, Bachok. Sempat meneguk ilmu di sumur SMAP Labu. Memanjat menara gading di Lembah Pantai, Universiti Malaya - alhamdulillah berjaya menggapai segulung ijazah dalam bidang Pendidikan Islam. Bertemu jodoh dengan Noradila Musa dan diijabkabulkan pada 19 September 2009. Doakan kami bercinta sampai syurga ya.. Selamat membaca.
"ujana diksi ini menghimpunkan madah-madah puisi yang pernah saya nukilkan sama ada yang dihantar tidak disiarkan atau disiarkan.. ada juga yang hanya menjadi koleksi peribadi. Sebarang ambilan kreditkan ke ujana ini menandakan anda seorang yang amanah dan bukan ahli plagiat.. semoga apa sahaja kita laku itu Tuhan restu.."
No comments:
Post a Comment