Tika kau lenjun dibasah hujan
ketahuilah amarahmu tidak padam
pada sifat basah memadam api
lantaran dalam dirimu nan menyala
bara nafsu tiada kawalan iman
dan akal sesatmu menambah onar
tetap kau dalam nanar di persimpangan
lalu kembalilah ke pangkal jalan
kerana Tuhan masih membuka pintu
Keampunan.
Hasmora Masnuri
Taman Bukit Angkasa
14 Jun 2009

salam Hasmora,
ReplyDeleteSyukur kepada Tuhan kalau
kembali ke pangkal
jalan
Tetapi, kalau terus mencelup
sampai ke pangkal
lengan ...
salam Abuyon,
ReplyDeletemasih sempat
angkatlah tangan
jangan diambil apa-apa
basuhlah tangan
di perigi taubat
salam Hasmora,
ReplyDeleteBenar patahmu itu,
masih sempat ..
bagi yang diberi
hidayah
ke guane :)
Sdr Hasmora: Tiak mengirim karya lagikah ke media? Teruslah berkarya dan mengirim.
ReplyDeleteMarsli N.O
Maaf. Tiak = tidak. Salah ketik.
ReplyDeleteSdr Marsli, ya benar.. belum lagi ada karya yang sesuai utk dihantar..
ReplyDelete