Tanah Darah Pusaka
Tanah ini, tanah darah pusaka
yang kita boleh berkongsi
atas nama bangsa Malaysia
namun itu tidak bermakna
boleh menuntut hak yang sama
sedangkan kami lebih lama
bermukim di tanah ini.
Ini, tanah darah pusaka
boleh dikongsi banyak perkara
cuma hormatilah hak istimewa
kerana kami awal mula
meneroka ini benua.
Ibu pertiwi warisan pusaka
mengandung jasad pembela nusa
lalu bisakah kita memberi
apa sahaja yang dipinta
sedangkan telah termaktub
dalam kitab kanun negara.
Tanah ini tanah warisan
dipertahankan nenek moyang
dengan menumpahkan darah
hingga kini masih basah
semerbak harum wangi tanah.
Hasmora Masnuri
Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur
30 – 31 Oktober 2009.
p/s: puisi ini dinukil ketika Perkampungan Penulis 1Malaysia. Maklumat lanjut di blog Bicara Hasmora
Variasi pada Tema Cinta
1 day ago

salam Hasmora,
ReplyDeleteMaaf tak dapat hadir ke program PPN 2009. Insya-Allah, ada rezeki dari langit, kita bertemu.
Apa benar, tanah ini dipertahankan dengan
darah (untuk orang-orang Melayu
tertentu)
Puisi yang sarat dengan semangat.
ReplyDeletesetuju dengan abuyon.
ramai golongan muda sudah tidak sayang apatah lagi hormat kepada jati bangsanya, malah menghina agamanya sendiri terus mengaku atheis.
masya allah.
Tuan-tuan,
ReplyDeleteNenek moyang kita pertahankan tanah ini dengan darah mereka dan mempusakakan kepada kita. tapi ada dalam kalangan cucu-cicit mereka telah menggadaikan beransur-ansur tanah pusaka ini dengan menggadaikan maruah Melayu dan Islam terlebih dahulu.
Kini jiwa Melayu dan Islam semakin terancam. Siapakah mahu menaggung dosa maha berat ini...