~secebis cinta bertandang menggamit rasa menukil stanza...
Aku Dan Cinta
Secebis rindu terkoyak dari dedaun cinta
menjadi ubat duka jiwa lara
siapalah mampu mengubat luka
yang terbebat lama berdarah semula
siapalah bisa merawat hati
tergores kata dusta terbit dari lidah nista
siapa aku untukmu yang dilihat sempurna
dari kacamata ramai jejaka
kata-kata cinta yang terucap indah
dari ulas bibir perempuanmu
kini umpama racun yang membarah
dalam dada berongga nestapa
cinta yang hadir dalam arteri jiwa
meresahkan aku yang jahil
memanfaatkannya kadang-kala
membuatku kecewa sahaja
seperti juga yang lain yang cuba
mengecap cinta sementara manusia
tersesat dalam mencari
makna bahagia hidup dunia fana
hingga terlupa pada janji-janji
Tuhan Yang Maha Esa Maha Pencinta
kata-kata wanita bagaimana
yang menjadi penawar ku sedang cari
mungkin betullah kata guruku
tentang peranan seorang wanita
yang pabila dihalalkan dalam akad
menjadikan dia seorang isteri
yang bakal memenuhi fitrah manusiawi
seorang hamba ilahi
yang mencari redha
Sang Pencinta dan restu ayah ibu
aku dan cinta, setelah kupinta
pada Tuhanku petunjuk hidayah
segala syukur kupanjatkan
atas kurniaan seorang pendamping
semoga menjadi suri mithali
menemaniku meladeni duniawi.
Hasbullah Mohamed Rahman Al-Masnuri
Taman Bukit Angkasa, KL.
Variasi pada Tema Cinta
1 day ago

selamat hari raya. terima kasih kerana pernah kerjasama dalam PPMN 09 dulu. Tak pernah pun ke blog saya. agaknya marah juga pada saya seperti ahli MPR yang lain.
ReplyDeletesalam Hasbullah,
ReplyDeleteMari, atas nama Tuhan yang agung
dan rahman, kita hulurkan dua tangan,
dan sejuta hati kita bersalaman dari
denyutnya yang paling
tenang dan dalam
Selamat Hari Raya — dari kami sekeluarga
Maaf zahir dan batin, nampak dan tak
nyata, dari hujung ke hujungnya
p/s: nak duit raya pakcik Bul ..
pinta anak-anakku ..hehe
Bahasa-bahasa kerinduan…
ReplyDeleteSematkanlah benih percintaan…
Melimparkan segala khayalan…
Membuka gerbang pertemuan….
Kau Aku Dia disatukan…
Dalam babak percintaan…
Salam eid mubarok semua,
ReplyDeleteEn. Arif, sama2.. mana ada saya marah tentang MPR apatah lagi terguris rasa.. lagikan pula saya ini dapat tawaran MPR baru2 ini tika umur saya 26 thn dan saya senyum memanjang kerananya..
Abuyon, salam bersambut.. alhamdulillah ukhwah fillah masih subur..
Dhamah Syifflah, bahasa rindu dalam babak cinta yang disatukan Tuhan dengan restu keluarga.. alangkah indahnya ya.. :)
Salam Hasmora,
ReplyDelete"kunjungan",
"segala cinta adalah hakNYA".