Saturday, August 8, 2009

siapa nak hairan

siapa nak hairan
bila muka bertalam-talam
alim waktu malam
siang macam haiwan

siapa nak hairan
kalau tahu macam-macam
orang akan kata pandai
tapi bila bercakap
bodoh sampai atas belakang

siapa nak hairan
di anjung ayah bertahlil
dalam bilik anak berkaraoke

siapa nak hairan
di zaman penuh ancaman
kepada iman dan kerohanian
zaman tandus kasih dan sayang
orang jauh dengan Tuhan
anak ikut buntut setan

siapa nak hairan
kalau ini zaman
manusia jadi haruan
lalu anak dimasinkan
di tepi jalan

siapa nak hairan
kalau insan
di hatinya syaitan?

Taman Bukit Angkasa
8 Ogos 2009

3 comments:

  1. siapa nak hairan,
    aku tak hairan, aku
    tak hairan

    sebab, sekarang
    sudah akhir
    zaman

    ke guane :)

    ReplyDelete
  2. aku tak hairan
    resmi talam
    bermacam ragam
    lain di depan
    lain lagi di belakang

    ReplyDelete
  3. abuyon, setiakasih.. ya usah dihairankan.. kalau setan dituhan-tuhankan!

    ReplyDelete