Puisi ini dideklamasikan pada Majlis Pelancaran Novel Islami Popular PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, 26 April 2009.
Jika Ia Sebuah Cinta
Jika ia sebuah cinta
yang engkau belek
yang engkau tatap
mahupun yang engkau baca
biarlah ia adalah cinta
kerana Allah Maha Esa
kerana cinta selainNya
hanyalah cinta leka nan lara.
Jika ia adalah cinta
yang engkau titip
yang engkau bawa
mahupun yang engkau lafaz
biarlah ia adalah lahir
dari luhur hati nurani
berteraskan iman dan ihsan
jangan dibiar cinta nafsu
memaut akal warasmu
ke lembah zina nan hina.
Jika ia adalah cinta suci
yang kau canangkan kepada dunia
maka buktikanlah bahawa cintamu itu
akan membawamu ke gerbang syurga
dan ketahuilah bahawa
cinta yang tidak diredahiNya
hanya kan megheretmu
ke jurang api neraka.
Jika ia sebuah cinta
yang kau semai dan tanam
dalam jiwa mana-mana hambaNya
suburkanlah ia dengan iman
bajailah ia dengan ikhlas
namun tanamlah ia secara halal
bukalah ladang cinta
dengan meneroka
sebuah alam perkahwinan.
Jika ia sebuah cinta yang kau ingin
halalkanlah ia dengan jalan
yang diredhai oleh Tuhan.
Hasmora Masnuri
Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur
14 April 2009.
Variasi pada Tema Cinta
1 day ago

sangat bagus sajak ini. terlalu menyukai!
ReplyDeletesaya copy puisi ini buat perkongsian teman2. terima kasih
ReplyDeletediizinkan :)
ReplyDeleteSalam HM, Hasmora Masnuri. Saya, dengan izin-Nya mengajak anda ke blog sajak saya di http://hijau-tinta.blogspot.com
ReplyDeleteBlog ini sudah saya pautkan di sana. Terimalah juga di sana sajak untuk anda sebagai penyair, Kalam Penyair
Salam abuyon,
ReplyDeleteTerima kasih sudi menjemput