Terkial-kial aku bersungguh di sekolah hidup
supaya tidak aku terkalut-kalut
semasa mengisi borang universiti mati
nanti apabila aku dilambai juak neraka
dengan mudah aku menggeleng
dan menyatakan aku lebih berminat ke syurga.
Di sekolah hidup ini aku bertungkus-lumus
membelek-belek kamus peradaban
supaya aku lebih mengerti kepongahan nafsu
yang sering menjerumus manusia
ke lembah kehinaan dan kenikmatan palsu.
Di sekolah hidup ini aku memasang cita-cita
dan berusaha utuk mencapainya dengan jaya
oleh itu aku meneguh tekad meski
kesusahan ujian mendatang tetap ku berusaha
mengharunginya dengan sedaya upaya
supaya kelak kegagalanku tidak menempatkanku
di universiti mati paling celaka.
Di sekolah hidup ini
berapa ramaikah telah lulus darinya?
HASMORA MASNURI
Teratak Dayasari.
22 April 2008
Variasi pada Tema Cinta
1 day ago

0 comments:
Post a Comment